Monday 4 October 2010

kebaya lapel


Akhirnya dapat juga saya siapkan kebaya lapel yang saya mula jahit ahad lepas. Wow! Lama betul masa diambil untuk siapkan sepasang kebaya! Bukannya apa, saya menjahit tak berterusan.kejap2 berhenti sebab banyak lagi kerja2 lain kena buat.

Pula tu saya juga sedikit keliru sebab dah lupa proses menjahitnya. Pemasangan bahu dan leher pun agak bermasalah,beberapa kali saya jahit tapi asyik senget. Saya ni, kalau selalu salah jahit, mood cepat hilang...teruslah give up! Nilah masalah besar saya, mudah give up, menjahit ikut mood dan suka bertangguh! Teruk? Memang saya seorang penjahit yang teruk pun...hihihi. Ahh...bilalah nak berubah ni?

Kebaya lapel tu dah siap,ada 1 lagi kebarung kena buat.nenek saya juga yang punya. Kebarungkan leher sama je dengan kebaya lapel. Masalah lagi ni tapi oklah coz dah ada pengalaman sebelum ni, jadi mudah sikitlah nak jahit nanti. Maybe saya start jahit kebarung tu esok coz hari ni saya peruntukan masa untuk memotong beberapa kain pelanggan yang baru dihantar kemarin.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...