Thursday 30 June 2011

belajar menjahit baju kurung asli untuk kanak-kanak

memandangkan dah nak masuk musim raya, saya rasa baik buat entry tentang belajar menjahit baju kurung asli untuk kanak-kanak. mesti ramai ibu2 yang nak buat baju untuk anak2. bagi mereka yang baru nak belajar tu, apa kata baca entry saya ni sampai habis. mudah je untuk menghasilkan sepasang kurung asli untuk kanak-kanak. kalau tak pandai ukur, di sini saya tunjukkan cara2nya.


mula2 ambil baju kurung anak anda. perlu diingat ukuran yang kita ambil adalah untuk:
1-labuh
2-bahu
3-turun bahu
4-panjang tangan
5-bukaan tangan
6-pesak (atas) dan (bawah)
7-kekek

lipat dua


ukur labuh baju-dari bahu sampai hujung baju (tengok gambar)

untuk ukuran bahu-dari lipatan ke bahu


ukuran untuk turun bahu


panjang tangan


bukaan tangan


pesak (atas)


pesak (bawah)


kekek


untuk skirt pula, lipat dua macam dalam gambar


ukur labuh skirt


buka lipatan tadi dan ukur bahagian punggung (tengok gambar)


ok siap. saya tulis ukuran tadi atas kertas yang akan saya lukis pola.


*************************************************************************


cara buat pola kurung asli kanak-kanak.

biasanya orang main ukur atas kain terus tapi bagi yang baru nak belajar boleh lukis pola dulu. lepas tu senang nak ingat dan boleh elak dari tersalah potong kain. biasalah mula2 kan, mesti banyak silap. tapi kalau guna pola memang tak punya. bila anda dah mahir nanti boleh ukur terus atas kain.


tanda untuk garisan labuh baju


59cm-untuk labuh baju dan 3 bulat tu tanda kain perlu dilipat (tak putus) bila kita gunting kain nanti.


tandakan ukuran bahu


garis lurus dari ukuran bahu sampai labuh baju tadi


tandakan ukuran turun bahu


tandakan ukuran panjang tangan


kemudian buat tanda dan garis untuk bukaan tangan


sambungkan garisan turun bahu ke hujung bukaan tangan


tanda untuk ukuran pesak (atas)


tandakan untuk ukuran pesak (bawah)


gariskan dari atas pesak ke bawah pesak


tandakan di tepi pesak untuk ukuran kekek


dan di tepi bawah tangan


kemudian gariskan


inilah rupa pola yang sudah siap


guntingkan


jadilah macam ni


ini ukuran skirt. 15cm tu untuk kipas dan 33cm untuk bahagian badan skirt (ukuran di bahagian punggung). 3 bulat tu tanda lipat 2 bila potong kain nanti. untuk labuh skirt, campurkan basi lipatan untuk kaki kain dan untuk lipatan jahitan getah pinggang.



8 comments:

  1. salam perkenalan dari saya,Hema.Saya dari semenanjung.Terima kasih,blog ni sangat bagus,cuma saya ini tak pernah menjahit,sangka saya susah jahit ni kalau kena campur,kira,tolak,bahagi(lihat buku belajar jahit di kedai).Saya nak cuba buat seperti Hema ni,buat pola kurung yg ringkas,teringin sangat nak jahit baju anak perempuan saya,3 orang,masih kecil.Kalau ada yg saya tak faham,saya akan rujuk pd Hema,terima kasih kerana sudi kongsi ilmu.- Nor

    ReplyDelete
  2. Hema..nanti mase nk potong kain kena lbhkn u proses cantuman ea.brp inci kena lbhkn? Lg satu..sy xfhm kegunaan gmbr 3bulatan tu.blh tlg jlskn?

    ReplyDelete
  3. datang follow sini sambil mencari ilmu tentang jahitan. skrg dlm proses penghantaran borang giatmara dalam kos dressmaking. harap berjaya sebab lately tingin sangat nak belajar menjahit. kemahiran sangat penting.

    ReplyDelete
  4. seronoknyer tgk org pandai jahit baju ni..teringin nak jahit baju kurung sendiri

    ReplyDelete
  5. Salam,hema ada buat kursus jahitan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya klu hema ada buat kursus menjahit,d sandakan ssh mo cr kursus2 menjahit ni

      Delete
  6. as'salam miss ada tak cara membuat dreass unk kanak2 yang ada kolar

    ReplyDelete
  7. Macam mana nak buat potongan untuk leher?

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...