Friday 7 October 2011

pola baju kurung riau

kali ni saya nak kongsi cara melukis pola baju kurung riau. saya tak tahu sangat cara yang khusus untuk ukur pola baju kurung riau. terutamanya untuk bahagian pesak dan kekek. saya juga tak berapa pasti potongan dibawah lengan tu disebut kekek atau termasuk dalam pesak juga. jadi minta maaf banyak2 (kepada yang memang pakar dalam hal ini) kalau saya buat kesilapan meletakkan nama2 setiap bahagian baju kurung riau ini. ukuran yang saya buat ini, saya agak2 je dan mengikut ukuran baju saya iaitu saiz s. kepada yang bukan bersaiz s, bolehlah tambah ukuran di mana2 bahagian yang sepatutnya ye.

mula2 ambil ukuran badan sendiri. saya guna cm untuk semua ukuran dan gambarajah di bawah ni, ukuran baju saya (saiz s).




mulakan lukis labuh baju


bahu


turun bahu (untuk mendapatkan ukuran turun
bahu, ukur pita dari bahu ke puncak dada)


panjang lengan


bukaan tangan


sambung terus dibukaan tangan tadi


buat kekek (ini bahagian yang saya kurang pasti namanya, memandangkan ianya di atas macam kekek baju kurung biasa, jadi saya sebut kekek jugalah. kalau salah, tolong betulkan ye).


bahagian pesak. ukuran dibahagian ini terpulang pada anda. ada yang suka kembang ada juga yang tak suka. terpulanglah tapi setahu saya kurung riau memang bahagian bawah agak kembanglah.


' sambung terus kebahagian pinggang. ukuran pinggang ikut suka masing2.


ok, pola pun sudah siap.

'
potong pola yang sudah siap tadi


ini hasilnya yang sudah di gunting tadi
a)badan
b)lengan
c)kekek (bahagian yang saya tak pasti namanya!)
d)pesak


***************************************************************

ok sekarang saya tunjuk cara menggunting pula.


mula2 lipat 2 kain macam dalam gambar ini (ikut ira kain)


dan lipat lagi macam ini


kemudian letak pola untuk bahagian badan tadi. garis untuk basi jahitan. untuk tepi saya selalu guna 1.5cm dan bawah baju pula 3cm.


bolehlah guntingkan


lepas tu untuk ambil bahagian tangan pula, ulangan proses macam tadi. lipat 2 kain macam ni.


dan lipat lagi macam ni


kemudian letak pola bahagian lengan.
tandakan basi jahitan tepi (1.5cm dan bawah tangan 3cm).
lepas tu guntingkan bahagian ini.


ok sekarang untuk ambil bahagian pesak, lipat 2 juga


lipat lagi sekali


letak pola pesak macam ini. tandakan basi jahitan dan bawah pesak.guntinglah ikut tanda garisan yang dibuat tadi. tanda 3bulatan kecil yang saya lukis di kertas pola tu, tanda kain tak putus. maksudnya lipatan kain yang bersambung gitu. ohhh...minta maaflah kalau kawan2 keliru dengan penerangan saya ini. harap2 tu fahamlah ye.


ini pula untuk bahagian kekek @ bahagian yang saya tak pasti namanya tu.


lipat 2 dan lipat sekali lagi macam ni


letak pola dan buat basi jahitan.


ini pula untuk pola leher. lipat 2 dan gunting.

ok, inilah bahagian baju kurung riau yang siap digunting. harap2 entry ini dapat membantu kawan2 yang nak belajar menjahit baju kurung riau.





10 comments:

  1. tq sis for sharing this.kalau x silap sue, yang bahagian kekek & pesak tu utk baju riau di panggil "pesak atas" dan "pesak bawah" :)

    ReplyDelete
  2. teringat zmn skolah dlu.wlaupon sis nye advance sy nye tahap skolah mngah je, tp masih teringat dolu2.. besh! eh siap gak la baju kurong selai kekekekkekeke ;p

    ReplyDelete
  3. Tq.. for the tutorial... nampak simple. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  4. salam dear...akk suka p'jelasan yg kamu tunjukkn ini..cuma akk ada 2 soalan...
    1. apa gunanya kita ambik ukuran turun bahu?
    2. kalau baju kurung johor... perlukah kita buat kiraan turun bahu tu?

    ReplyDelete
  5. best la tutorial ni... cuma nak Tanya, klu kekek tu, mcmana nak tau pnjg ke bawahnya? lebar standard memang 7cm (atas) dan 5cm (bawah)?

    ReplyDelete
  6. Terima kaish atas perkongsian ini. Mudahan menambah timbangan pahala kamu.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sudi berkongsi ilmu.semoga Allah murahkan rezeki sis dari smua sudut.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sudi berkongsi ilmu.semoga Allah murahkan rezeki sis dari smua sudut.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkonhsian

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...