Wednesday 14 March 2012

cara potong baju melayu raihan



kali ini saya nak kongsi cara potong baju melayu raihan. ini cara saya a.k.a cara paling malas. biasa kalau sudah ada contoh saya memang malas hendak buat pola. terus main tekap saja. mula2 ambil baju melayu raihan suami atau anak korang. lipat dua dan pinkan dengan kemas. pin kan juga bahagian bahu (jahitan sambung bahagian depan dan belakang tu- faham, kan?).

kemudian lipat dua kain (ikut ira kain-memanjang) temukan kedua2 kain, macam dalam gambar di atas tu lah. kalau korang nak gunting tepi kain tu boleh juga, lagi kemas. sebab selalu ada kain yang tepinya macam berkedut sikit...macam kain jenis getah pula.

ok, mula2 ambil bahagian depan baju dulu. letakkan contoh baju di atas kain. ukur bahagian lipatan butang baju contoh dan gariskan di atas kain. tengok gambar di bawah. bahagian ini yang paling penting jadi ukur betul2 lipatan butang di baju contoh tu.



tandakan garisan di bahagian bahu




tandakan bahagian keliling bahu @ lengan




terus tandakan sampai bawah baju


lepas tu tandakan bahagian leher. lipat je kolar baju tu dan lukis. tak pun tegakkan kolar tu dan lukis lekukan sepanjang leher tu.




bila dah siap lukis, ketepikan baju contoh dan tengok lukisan pola baju tadi. garis basi jahitan dikeliling pola. untuk tepi saya selalu tanda 1.5 atau 2 cm. untuk lipatan bahagian bawah baju pula 3 cm. untuk tepi kolar pula tanda 1cm untuk basi jahitan. bila sudah siap, bolehlah gunting.






pola depan (2 lapis) yang sudah digunting tu, lipat dan pinkan bahagian lipatan butangnya. macam dalam gambar di bawah ni lah.


untuk ambil pola bahagian belakang baju pula, macam biasa lipat kain tu 2 lapis dan letaskan pola depan tadi di atasnya. ingat ya, kedudukan pola. jangan salah letak. tengok gambar di bawah ni.




untuk pola belakang, mula2 buat bahagian bahu dulu. caranya ambil baju contoh tadi dan ukur bahagian jahitan sambungan tu ke bahgian lipatan bahu. macam yang saya tunjuk dalam gambar di bawah ni. jumlah ukuran itu kali kan dengan 2.




ukuran dalam gambar tu 2 cm kan, x kan dengan 2=4cm. jadi lukis di pola belakang untuk bahagian bahu 4 cm. ukur dari bahu pola depan. tengok gambar di bawah ni.




jangan lupa tandakan bahagian leher belakang. lepas dah tanda semuanya bolehlah gunting ikut tanda garisan basi jahitan (bahagian bahu) dan terus kebahagian lubang lengan. bahagian tepi pula, gunting je ikut tepi pola depan yang sudah sedia ada tanda basi jahitan tu.




ini pula cara ambil bahagian tangan, lipat 2 kain tu (saya selalu terus lipat 4) hanya tekap panjang lengan dan keliling lubang bahu. bahagian atas lengan tu lukis lekuk2 sikit la...tiru je lubang lengan tu. jangan lupa basi jahitan untuk bahagian atas lengan 1.5 cm. tepi lengan pun 1.5cm. bahagian lipatan bawah lengan 3cm. biasanya ukuran lipatan bawah lengan sama dengan ukuran lipatan bawah baju.








dah siap lukis pola tangan dan tanda basi, bolehlah gunting.


saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu siapa2 yang nak belajar cara memotong baju melayu raihan @ baju melayu cheongsam. walaupun yang saya tunjuk ni agak ringkas dan gambar pun tak berapa jelas( terutamanya tanda2 kapur yang saya buat tu) tapi sikit2 tu dapatlah bantu korang yang nak cuba2 buat baju melayu sendiri.

4 comments:

  1. Assalamualaikum, JazakIllah untuk tutorial ini. Saya rasa mudah dan senang diikuti. Boleh saya tanya untuk keruk lengan? Untuk org lelaki, keruk lengan depan dan belakang sama ka?

    ReplyDelete
  2. terima kasih...suka blog ni...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih..saya pun suka tgk blog awak..walaupun ringkas tp mudah d fahami...cuma nak tanya sikit..dkat leher tu utk pola blkg pun 4cm jg kan

    ReplyDelete
  4. Terima kasih..saya pun suka tgk blog awak..walaupun ringkas tp mudah d fahami...cuma nak tanya sikit..dkat leher tu utk pola blkg pun 4cm jg kan

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...