Tuesday 25 September 2012

cara membuat leher baju kurung asli

ada kawan saya kata, bahagian yang paling rumit nak buat baju kurung ialah bahagian lehernya. ada yang tak berani nak buat, takut salah buat lubang leher...nanti salah guntinglah...lubang leher tersengetlah...terbesarlah dan macam2 lagi. mula2 dulu, saya pun fikir macam tu juga. tapi lepas belajar menjahit...tahu teknik sebenar dan cara buatnya, kira macam mudahlah juga nak buat. jadi, kali ni saya nak tunjuk cara saya buat leher baju kurung. ringkas je.
 mula2, sedia lapik leher dan badan 
baju kurung asli anda

 dibahagian lapik (kertas bergam tu) lukis garisan lubang leher dan belahan bawah 
leher tu (ikut ukuran leher anda atau selera anda).kalau tak tau kira ukuran, ambik baju kurung lama anda, then cuba lukis lekuk leher baju tu di atas kertas. lepas tu gunting kertas tu ikut lukisan lekuk tu. dapatlah satu pola leher. pola tu letak di lapik leher yang di lipat 2, lepas tu tandakan garisan di sepanjang lekuk tu. kemudian buat garisan untuk belahan bawah.

 kemudian buat tanda di bahagian tengah dan bahu baju.
saya buat baju bahu tak putus. kalau bahu putus, cuma sterika bahagian tengah je. 

 lepas tu letak lapik leher dan pasang peniti

jahit ikut garisan leher tu

 jahit bahagian belahan bawah leher

 ni la lapik leher yang sudah di jahit dibadan baju

lipat 2 dan gunting di tepi jahitan lubang leher

gunting bahagian tengah. hati2 jangan tergunting jahitan benang

 gunting macam ni 

 lipat dan jahit halus bahagian atasnya untuk leher nampak kemas 
dan jahitan lagi kukuh

 jahit sepanjang leher dan belahan bawah leher

ni yang siap dijahit halus  bahagian tepi leher tu

 macam ni

 ni nak bagi jelas lagi...harap2 faham ye

lepas tu bolehlah jahit jelujur

leher yang sudah siap dijelujur

ok siap, ringkas je kan. harap2 cara ni dapat bantu kawan2 yang baru nak cuba2
belajar buat leher baju kurung asli.

13 comments:

  1. thanks.sgt bermanfaat.smpai skrg sy ade mslh utk jahit lubang leher,sy akan cuba yg ini pula.nmpak lg sng..thanks ye sggup berkongsi. ;)

    ReplyDelete
  2. Tq..saya rasa tutorial ni lagi senang bgi saya yg baru nknbelajar menjahit baju tanpa ada basic jahit...mmg senang kalau jahit dulukan..baru buat lubang..tq10x.......

    ReplyDelete
  3. Tq..saya rasa tutorial ni lagi senang bgi saya yg baru nknbelajar menjahit baju tanpa ada basic jahit...mmg senang kalau jahit dulukan..baru buat lubang..tq10x.......

    ReplyDelete
  4. bagus penerangannya...jelas..tpi akk ada nk tya soalan jgk..maklumlh baru nk bljr jahit;;;

    1. berapa cm perlu dilebihkn utk tampal pola di badan baju tu?

    tq.

    ReplyDelete
  5. sy budak baru belajar.. mtk maf tnya.. utk letak kain putih tu sebelah dalam kain atau luar?

    ReplyDelete
  6. Tima kasih atas tuto sis yg byk mbantu ni..sy slalu fail bab leher ni..jd mcm x cantik bila jht sndr

    ReplyDelete
  7. T kasih atas ilmu... Baru berjinak2 nak menjahit.. Ada org cadangkn blog puan ni...

    ReplyDelete
  8. Macam mana cara nak terbalikkan... yg tu saya mmg xreti.. tolong ajarrrr

    ReplyDelete
  9. Macam mana cara nak terbalikkan... yg tu saya mmg xreti.. tolong ajarrrr

    ReplyDelete
  10. salam awak.. sorri la lambat respon query awak pasal servis mesin kat lsn tu..baru je berjawab tadi.. wah dah menjait la ni..dah beli mesin lettu..

    http://www.kisahnye.com/2012/11/wordless-wednesday-brother-gs2700.html?showComment=1445817904763#c527095844793716638

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kongsi tips ni.. Sgt menghargai😘

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...