Tuesday 21 May 2013

kurung moden layer peplum


saya terjumpa gambar ni masa google skirt panjang ala duyung. terus cari gambar lain dress peplum layer macam ni. cantik...saya suka tengok dan terbayang baju raya saya untuk tahun ni...nak buat macam ni la. insya ALLAH, harapnya rajinlah saya jahit baju sendiri. biasanya kalau dah penat jahit baju orang, terus tak larat nak jahit baju sendiri lagi. lebih2 lagi dekat2 raya nanti. mesti sibuk habis, nak buat itu ini. akhirnya, cari baju ready made di butik! 

tapi saya memang suka baju macam ni...kurung moden layer peplum gitu. ada bunga2 di bahu dan manik2 dikeliling pinggang. nampak senanglah buat tapi lecehnya yang peplum lapis bertingkat tu. lepas tu panjang pula dibahagian belakang tu. tapi tak kisahlah rumitnya, selalu masa nak lakar pola je..susah sebab nak fikir itu ini sebab kali pertama buatkan. ni lebih kurang macam kurung layer yang ngetop tahun lepas tu. bezanya yang ni pendek je...tak labuh. saya tengok, nama baju ni peplum haura





credits : www.miznaonlineshop.com
             http://purpleorchidshopz.blogspot.com


3 comments:

  1. Cantiknya.bestnya klo dpt jahit baju camni

    ReplyDelete
  2. eiii..cantiknya design tu Hema..tapi hakak dah berusia lah. tak sesuai lagi nak pakai pesen2 macam tu. Thanks ya..kot2 nanti bole jahit utk anak dara kat rumah ni :-)

    ReplyDelete
  3. Maaf.. sy nk tau detail.. cmne ye sy nk bt pola..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...