Sunday 5 October 2014

cara jahit leher kurung moden

Assalamualaikum dan salam aidiladha semua. Hehe...sempena raya haji ni, dengan murah hatinya saya buat tutorial untuk menjahit leher baju kurung moden. cara ni boleh guna jahit blouse atau apa saja baju yang lehernya putus bahagian bahu.

Tengok, orang beraya tapi saya merajinkan diri menaip entri ini. Haha...macam takde kerja lain, kan. Sementara takde buat apa, baik mengadap laptop kejap. Lagipun gambar ni dah lama saya ambil (bulan lepas). Saya pun ada pos gambar2 ini dalam group whatsapp yang saya join.

Saya malas nak buat penerangan yang lengkap. Tak berapa pandai nak terangkan sebab tu saya letak gambar banyak2, agar mudah untuk faham. Nanti bolehlah cuba membuatnya lepas ini.


 mula2 ambil kertas bergam dan lipat dua, bawah dan atas letak kertas warna. Kemudian letak pola baju dan ambil lukisan leher. gambar di atas cara ambil pola leher belakang. Lebihkan sikit untuk Zip. pola leher depan tak ada basi zip, terus letak pola di tepi saja. Jangan lupa basi leher 1cm.

gunting pola tu dan buka atas kain. Beginilah rupanya. Lepas tu sila seterika  dan gunting. Dah gunting bolehlah jahit tepi bahagian bawahnya.
 ambil leher depan dan letak di baju depan. pin dengan peniti. kemudian jahit ikut garisan yang dah di tekap tadi. Tengok gambar betul2 ye.
 untuk bahagian belakang. potong dua leher tadi dan pin di baju bahagian belakang yang sudah di jahit zip. (Ini contoh baju yang ada zip ye).

 cara jahitnya, mula2 jahit dekat tepi zip. Tengok macam dalam gambar tu

macam nilah hasil jahitan tadi.

 kemudian lipat macam ni dan pin. Jahit ikut basi tu ye.

 macam ni rupa dah jahit

 Lepas tu terbalikkan. macam nilah hasilnya...

 buang lebihan di bahagian baju depan tu

 temukan lapik bahu depan dan bahu belakang. lipat tajam pelapik tu macam ni. kedua-dua lipat lepas tu temukan macam gambar di bawah ni.

 tahan lipatan yang ditemukan tu dan mula jahit bahu dari tepi.

 kemudian buka lipatan tadi dan jahit sambung basi pelapik

pelapik yang sudah disambung

 pandangan luar

 gambar penuh lapik leher yang sudah bersambung.

 snip basi macam dalam gambar

 basi yang disnip tadi lipatkan ke lapik dan jahit dari bahagian atas

 jahit macam halus macam ni ye

 nampak jahitan tu? Jahitan tu untuk bagi lapik leher tu nampak cantik terlipat di badan baju

Lepas tu bolehlah seterika bagi kemas. Lepas tu jahit silang pangkah @ jahit sembat. 

Ok siap sudah tutorial cara jahit leher kurung moden. Harap dapat membantu kawan-kawan yang baru nak cuba jahit baju kurung moden. Terima kasih...Selamat menjahit....


7 comments:

  1. thank you berkongsi ilmu dan complete dengan gambar, sangat2 membantu =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi ilmu... banyak membantu sy.. seronok bljr...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi ilmu... banyak membantu sy.. seronok bljr...

    ReplyDelete
  4. Hai @impian ima..harap ima boleh buat tutorial utk kurung moden..thank you

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Cik Puan,

    Boleh saya masukkan Link tutorial ini untuk rujukan saya di Page FB saya(Page Personal untuk aktiviti jahitan saya)?

    Di sini --》

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=137387886903884&id=121838801792126

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...