Monday 10 August 2015

Cara Menjahit Jubah

syawal yg ke 25, pagi isnin...monday blues orang selalu kata. Ok semalam saya tunjuk cara potong jubah simple kan? Pagi ni saya tunjuk cara jahit jubah tu pula.

Ini bahagian jubah tu. Nama pun simple, jadi leher jubah buat macam leher kurung saja. Lapik leher tu saya dah lapos dengan kertas bergam

Mula2 cantum bahagian bahu dulu.

Jahit dari hujung ke hujung bahu

Iron bahagian yang baru disambung tadi

Lipat dua macam ni dan iron bahagian lipatan

Kemudian bukan lipatan tadi dan letak pola tu di tengah2. Leher tu saya dah lakar ikut acuan leher

Kemudian jahit leher tu

Dah jahit, lipat macam ni dan gunting tengah tu macam dalam gambar tu

Ini yang dah digunting

Lepas tu snip bahagian keliling basi

Jahit tindih atas lapik leher tu

Kemudian iron untuk bagi kemas

Lepas tu korang jahit tepi leher tu. Ikut sukalah nak jahit corak2 ke...tak pun jahit sembat aje bahagian dalam. Terpulang ok...

Sekarang korang jahit bahagian tepi baju (sambung bahagian tepi) sampai bawah.

Ini rupa baju yang dah siap bersambung. Ini pandangan dari dalam baju.

Jahit lipatan kaki baju

Untuk bahagian tangan, sambung bahagian tepi lengan dan jahit ke badan baju. Tapi yang saya jahit ni, saya letak lace. Jahit lace dulu, benang atas ikut warna lace tu dan benang bawah ikut warna kain. Jahit lepas tu baru cantum lengan tu.

Lengan yang sudah bersambung. Bolehlah terus dijahit di badan baju. Kalau tak tahu cara cantum lengan di baju, rujuk entry yang sebelum2 ni, saya ada tunjuk cara pasang lengan di badan baju.


 
Siap sudah jubah. Ringkas saja cara memotong dan menjahitnya. Selamat mencuba... Happy sewing

21 comments:

  1. Tahniah Ima sebab xkedekut ilmu ;)
    Akak tgh nak belajar buat langsir mcm mana boleh contact Ima ye utk jd cikgu langsir akak ni.. Boleh ke :)

    ReplyDelete
  2. Salam, sis..sy pun nk belajar jahit..sis boleh jd cikgu sy x?fb sis apa ye?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saya minta izin print untuk panduan ok.. tq sis

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kakak selalunya kan kalau jubah berapa meter kain dan bidang?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..tq ajr cr mudah ni..mohon utk share n jd rkn fb..nk mohon ima jd sifu ajr mjahit.. hrp sudi ye

    ReplyDelete
  7. Tahniah ima .. share ilmu yg bermanfaat =)

    Masyitahyahya.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Wah. Senang shj nak jahit ya. Kalau jahit baju corak berbunga pun sama juga kan.

    ReplyDelete
  9. Tq..mudah faham apa yg d sampaikan..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.......perkongsian ilmu y bermanfaat

    ReplyDelete
  11. Seronok baca blog ni. Best menjahit ni. Kalau tak.ambil upah jahit org lain pun, kita dah jimat jahit baju sendiri dan anak2.

    ReplyDelete
  12. Tkasih atas perkongsian yang amat manafaat. Boleh fb sis?

    ReplyDelete
  13. Aslm, Terima kasih atas ilmu yang menarik.
    Bokhar
    http://lotfourty.com/blog/

    ReplyDelete
  14. Terima kasih ilmunye minta share ye

    ReplyDelete
  15. Terima kasih ilmunye minta share ye

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...