Sunday 9 August 2015

cara potong jubah ringkas

Salam syawal yang ke 24. Hari ni ahad, hujung minggu...kalau tak buat apa, jom cuba2 jahit jubah. Kali ni saya tunjuk cara potong jubah yang ringkas. Jubah ni paling simple...tak ada zip, macam baju tidur aje. Kalau korang tak ada jubah macam ni, korang ambil je baju kurung moden korang dan lipat dua jadikan contoh baju. Masa lakar nanti tambah saja ukuran di bahagian badan dan tambah labuh bahagian bawah baju. Mudahkan. Nak tambah zip belakang pun boleh tapi korang kena ambil asing-asing bahagian depan dan belakang baju. Bahagian depan tak putus. Bahagian belakang tu kena putus dan bagi basi untuk zip. 

Ok tu jubah berzip, yang ni jubah simple. Ambil terus lipat sekali aje dan gunting. Tutorial saya ni semua yang ringkas saja sebab saya tahu kalau orang mula2 nak menjahit ni memang suka nak cepat siap dan cari cara yang paling mudah. Esok2 dah pandai sikit, bolehlah belajar yang susah sikit...yang ada kira itu, tolak itu, bahagi ini... Sebagai permulaan, belajar yang mudah2 dulu.

Ini baju contoh

kain lipat dua macam dalam gambar tu

Kemudian lipat lagi sekali macam ni

Letak baju yang dilipat dua atas kain tu. Sekarang lukis saja ikut tepi baju tu. Terpulang kalau korang nak tambah atau kurangkan ukuran badan. Kembang bawah pun terpulang juga, nak kembang atau tak. Tapi jubah mesti longgarkan. Lengkungkan sikit bahagian pinggang. Basi bahu saya letak 1 1/2cm. Kaki baju 2cm.


Tangan, ambil macam ni. Lipat dua terus kain tu sama macam cara ambil bahagian baju tadi. Dah siap gunting aje ikut garisan yang dibuat. 

Ok siap sudah. Bahagian badan dan tangan. Selamat mencuba...


17 comments:

  1. tahniah sis...teruskan kongsi ilmu untuk saham akhirat

    ReplyDelete
  2. salam, mcm nk try buat...hehehe

    ReplyDelete
  3. Kalau nak buat zip di hadapan guane ya?

    ReplyDelete
  4. thanx sbb bg ilmu menjahit...saya baru mula nak berjinak2... jahit baju kurung da tahu... tapi kadang confuse macam mana nak buat jubah.. tutorial awak ringkas... tak sabar nak wat baju jubah sedondon dengan anak saya... trm ksh yea sis...

    ReplyDelete
  5. Thanks kongsi tips ni sis, harap2 menjadi.. :)

    ReplyDelete
  6. tolong share cara2 ukur jubah. tqvm

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum sis...sy bru jer jmpa blog ni...sy suka sgt sbb byk ilmu jahitan dan tutorial yg berguna yg boleh dirujuk. Terima kasih atas ilmu yg dikongsi..semoga sis diberkati dan dirahmati dunia akhirat... ^_^

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.Thanks for sharing.Must try.....Insyaa Allah..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.Thanks for sharing.Must try.....Insyaa Allah..

    ReplyDelete
  10. lengkung baju dgn tgn tu mcm mana nk lukis..

    ReplyDelete
  11. saya nak tambah zip kat depan..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...