Saturday 6 May 2017

Skirt Kembang Teknik Gigi Buaya

Assalamualaikum. Ada yang nak buat skirt kembang untuk raya nanti? Kali ini saya kongsi pola skirt kembang teknik gigi buaya. Skirt ini saya buat untuk baju kurung peeplum customer saya. Tapi skirt kembang teknik gigi buaya ini sesuai juga untuk baju kurung moden yang lain.

Gambar di atas tu pola skirt yang saya dah lukis. Labuh 94cm, punggung 26cm (ukuran punggung bahagia 4 ya), dari pinggang ke punggung 20cm, pinggang ke lutut 41cm.

bahagian yang nak dikembangkan, 9cm. Kalau nak tambah lagi, boleh. Terpulang pada kehendak korang.

Lepas tu mulalah buat zig zag. Tak perlulah guna pembaris. Saya saja yang mengada nak buat garisan tu guna pembaris.

Zig Zag dah siap...macam? Sebijik gigi buaya tak?

Gambar penuh

Gunting dan ceraikan macam ini

letak pola atas kain yang dah dilipat dua. Bahagian ini ambil dua keping. Satu depan, satu lagi untuk bahagian belakang.

Inilah gunanya gigi buaya tu,

bahagian ini ambil 4 keping.

Siap dah. Selamat  menjahit

Kalau ada pembaca blog ini nak share tutorial atau gambar dari blog ini, silakan. 

Friday 5 May 2017

Pola Peeplum Dan Cara Mengguntingnya


Assalamualaikum. Pagi jummat yang damai dan indah. Kali ini saya kongsi pola peeplum dan cara mengguntingnya. Ukuran ini untuk yang saiz S atau M. Harap gambar2 yang saya letak kat bawah ini, dapatlah membantu kawan2 yang teringin nak buat pola peeplum. Raya pun dah dekatkan.

pola depan

tangan.

pola belakang. 

Naikkan 1.3 cm bahagian bawah pinggang tu

Cara saya ukur peeplum. Suka hati je...janji menjadi tp kena tepat juga ukuran lubang pinggang tu ya. Next entry saya akan tunjuk cara dapatkan ukuran peeplum.

pola peeplum 

Ini pola-polanya

Ini pula cara mengguntingnya. Saya mulakan dengan menggambil bahagian belakang dulu. Kain lipat dua. Dan tepi tu bagi ruang untuk basi zip ya.

Ini pola hadapan. Lipat dua juga. Jangan lupa basi jahitan ya

Ini pula tangan. Kain lipat empat. Tapi kalau kawan2 jenis yang jimat kain, lipat dua je, ambil satu2 untuk bahagian tangan ini.

Ini pula peeplum kain lipat empat juga. Labuh peeplum terpulang berapa panjang yang kawan2 nak.

Cara ambil leher. Sebelum ini saya dah buat tutorial leher ni. Jadi tak perlulah saya terang panjang2 lagi kat sini.

lapik leher belakang

Nahh, inilah bahagian yang dah diambil tadi.

Peeplum

Ok Selamat mencuba...



Tuesday 2 May 2017

Cara Sambung Getah Pinggang

Assalamualaikum. Sebelum ini saya pernah share cara sambung getah pinggang untuk seluar atau skirt budak2. Kali ini saya share sekali lagi tapi menggunakan perca kain. Sebelum guna rebenkan.

Kalau tak ada reben putih, guna saja perca kain untuk gantikan reben. Potong perca kain macam ini.

temukan kedua-dua hujung getah pinggang tadi. Letak perca kain di bawahnya

Lipat

Lipat kemas2 macam ini

Jahit ulang-ulang


Dah siap jahit


Nampak tak hasilnya? Sekarang bolehlah jahit kat pinggan seluar atau skrit. Tak adalah kembung atau tebal lagi. Selalunya orang buat hujung getah itu bertindih, jadilah tebal dan susah nak jahit. silap2 jarum boleh patah. Lepas ini bolehlah guna kaedah ini ya. Ok, selamat menjahit...

Monday 1 May 2017

Cara Potong Baju Peeplum Dan Buat Leher

Assalamualaikum. Saya nak share cara potong baju peeplum dan mengambil bahagian leher. Perhatikan saja gambar2 ini. InsyaAllah akan faham.




Peeplum. Untuk labuh terserah kawan2 nak berapa panjangnya.

 Ini peeplum yang dah siap








Happy sewing...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...