Showing posts with label beg. Show all posts
Showing posts with label beg. Show all posts

Thursday 25 November 2010

beg







kali ni saya tukar angin pula. cuba2 buat beg...dan inilah hasilnya. sebenarnya dah lama juga niat nak buat beg ni tapi baru ni dapat buat. saya suka Diy Bag Lover dan boleh belajar macam2 jenis beg yang semua cantik2. tapi beg2 yang saya buat ni saya tengok di cotton friend dan cucito. mungkin lepas ni, barulah saya buat beg2 cantik macam dalam Diy Bag Lover tu...insyaAllah.







saya tak tahulah nak guna beg ni untuk apa sebab saya jahit pun untuk suka2 je. mungkin boleh juga guna untuk isi barang kalau ke pasaraya. tak payahlah guna plastik lagi terutamanya kalau ke pasaraya hari sabtu ni. kalau tak guna pun simpan saja untuk koleksi 'hasil jahitan' saya.







beg2 saya ni cuma guna kain cotton biasa saja...yang murah2 tu. nak guna kain yang tebal tu...belum pernah beli lagi. entah harganya berapa...nantilah bila saya ke bandar, nak tengok harga2 kain ni di emadira. harap2 tak mahal sangat dan mampu untuk saya beli. dalam beg pula, untuk lapisannya saya cuma guna kain lining saja. salah satu beg tu, saya guna tali beg lama yang tak digunakan lagi.



Sunday 21 November 2010

wrislet bag



hahahahha...tengok wrislet bag saya ni. buruk betul saya tengok. saya buat lepas tengok dalam blog kawan2 yang join jom jahit tu. beg2 mereka tu semua cantik2...tu yang saya cuba2 buat tu.

walaupun hasilnya memang agak jauh bezanya tapi oklah tu dari tak cuba langsung, kan. (bagi semangat untuk diri sendiri...hihihihi...). biarpun beg saya ni nampak buruk dan kusam, tapi saya tetap nak upload di sini juga.



tengok, buku bil saya dah ada dalam tu


cantuman warna yang melampau-lampau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...