Thursday 30 June 2011

belajar menjahit baju kurung asli untuk kanak-kanak

memandangkan dah nak masuk musim raya, saya rasa baik buat entry tentang belajar menjahit baju kurung asli untuk kanak-kanak. mesti ramai ibu2 yang nak buat baju untuk anak2. bagi mereka yang baru nak belajar tu, apa kata baca entry saya ni sampai habis. mudah je untuk menghasilkan sepasang kurung asli untuk kanak-kanak. kalau tak pandai ukur, di sini saya tunjukkan cara2nya.


mula2 ambil baju kurung anak anda. perlu diingat ukuran yang kita ambil adalah untuk:
1-labuh
2-bahu
3-turun bahu
4-panjang tangan
5-bukaan tangan
6-pesak (atas) dan (bawah)
7-kekek

lipat dua


ukur labuh baju-dari bahu sampai hujung baju (tengok gambar)

untuk ukuran bahu-dari lipatan ke bahu


ukuran untuk turun bahu


panjang tangan


bukaan tangan


pesak (atas)


pesak (bawah)


kekek


untuk skirt pula, lipat dua macam dalam gambar


ukur labuh skirt


buka lipatan tadi dan ukur bahagian punggung (tengok gambar)


ok siap. saya tulis ukuran tadi atas kertas yang akan saya lukis pola.


*************************************************************************


cara buat pola kurung asli kanak-kanak.

biasanya orang main ukur atas kain terus tapi bagi yang baru nak belajar boleh lukis pola dulu. lepas tu senang nak ingat dan boleh elak dari tersalah potong kain. biasalah mula2 kan, mesti banyak silap. tapi kalau guna pola memang tak punya. bila anda dah mahir nanti boleh ukur terus atas kain.


tanda untuk garisan labuh baju


59cm-untuk labuh baju dan 3 bulat tu tanda kain perlu dilipat (tak putus) bila kita gunting kain nanti.


tandakan ukuran bahu


garis lurus dari ukuran bahu sampai labuh baju tadi


tandakan ukuran turun bahu


tandakan ukuran panjang tangan


kemudian buat tanda dan garis untuk bukaan tangan


sambungkan garisan turun bahu ke hujung bukaan tangan


tanda untuk ukuran pesak (atas)


tandakan untuk ukuran pesak (bawah)


gariskan dari atas pesak ke bawah pesak


tandakan di tepi pesak untuk ukuran kekek


dan di tepi bawah tangan


kemudian gariskan


inilah rupa pola yang sudah siap


guntingkan


jadilah macam ni


ini ukuran skirt. 15cm tu untuk kipas dan 33cm untuk bahagian badan skirt (ukuran di bahagian punggung). 3 bulat tu tanda lipat 2 bila potong kain nanti. untuk labuh skirt, campurkan basi lipatan untuk kaki kain dan untuk lipatan jahitan getah pinggang.



Friday 24 June 2011

baju kurung sulam manik


ini baju yang saya jahit manik bulan lepas. ringkas je sebab saya tak pandai sangat dalam manik2 ni. tapi sebab tak nak menghampakan pelanggan, saya buat juga apa yang termampu. biar tak cantik, janji mereka puas-hati...hihihi


ingat nak belajar sulam manik tapi di sini tak tahu mana tempat belajar. seronok kalau duduk di semenanjung, banyak tempat boleh belajar sulam.




Thursday 23 June 2011

baju batik

lama juga tak upate sebab musim cuti sekolah tu busy dengan tempahan baju saudara-mara yang nak menghadiri majlis perkahwinan. cousin saya pun dua orang yang naik pelamin masa cuti hari tu.



entry kali ni tiada yang menarik pun cuma nak upload gambar baju batik my dad. ini first time saya jahit baju guna kain corak2 macam ni. warna merah + coklat tu ala2 kemeja juga tapi leher beza sikit, buat macam leher cekak musang.



biru tu pula memang kemeja lah. cuba tengok label tu...hihihi..asal aku pasang label mesti tak ngam...tak betul2 di tengah! lepas ni nak garis betul2 di tengah baru jahit label...biar nampak kemas macam di butik tu.


Monday 2 May 2011

usia bukan penghalang untuk berjaya (kisah 3)

ini kisah ke3 untuk bagi motivasi pada diri saya. harap sangat, saya akan bersemangat dan dapat buka perniagaan besar macam individu ini. aja aja fighting!!!

Pada usia hampir 50 tahun, kebanyakan wanita kaum India akan memilih untuk berehat di rumah. Anak-anak pula mungkin diharapkan untuk memberi bantuan kewangan. Bagaimanapun, tidak begitu dengan Alice Nayagam yang berumur 48 tahun.

Beliau masih mempunyai cita-cita dan impian untuk dikejar. Wanita yang bersemangat waja ini mempunyai matlamat untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Alice adalah seorang tukang jahit yang berjaya dan sangat disegani di sekitar Segambut, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai pengalaman menjahit pakaian sejak berumur 19 tahun.

“Saya berasal daripada keluarga yang sangat miskin di Pulau Pinang. Saya anak ketiga dalam keluarga. Memang saya kurang pendidikan,” kata Alice kepada wartawan NILA semasa ditemui di rumah beliau.

Alice berjaya membuktikan bahawa walaupun seseorang tidak mempunyai pendidikan tinggi, mereka masih boleh berjaya jika berusaha gigih.

“Saya mula belajar sendiri untuk menjahit pakaian. Pada masa itu, saya hanya mempunyai satu mesin jahit lama,” Alice menceritakan. “Tetapi kini saya sudah mampu membeli lapan mesin jahit yang canggih dan moden.”

Wanita yang periang dan mudah senyum ini selalu menerima tempahan pakaian daripada orang ramai. Beliau pakar menjahit saree blouse, churidar dan bermacam-macam lagi pakaian wanita. Semuanya dipelajari sendiri selepas melihat pelbagai fesyen pakaian di pasaran.

“Saya bersyukur dengan kejayaan yang saya capai sekarang. Dulu saya hidup susah. Saya terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarga. Saya gembira kerana kerja menjahit merupakan satu pekerjaan yang menjanjikan pendapatan,” kata beliau dengan gembira.

Alice juga sedar bahawa terdapat ramai wanita miskin yang kurang pendidikan. Mereka mungkin berminat untuk belajar cara menjahit. Akan tetapi, mereka tidak mampu menghadiri kelas kerana yuran yang tinggi.

“Saya bermula sebagai seorang yang sangat susah. Jadi saya faham keadaan mereka. Sebab itulah saya mengendalikan kelas menjahit dengan bayaran yang berpatutan. Pinjaman juga boleh diuruskan,” kata Alice sambil menambah: “Kalau kita sudah ada minat dan kesanggupan, jangan berfikir tentang halangan.”

Wanita berumur 48 tahun ini telah membuktikan kata-katanya. Beliau tidak mahu menghabiskan sisa hidup dengan berehat di rumah. Sebaliknya beliau masih mempunyai impian dan cita-cita yang sedang dikejar.

“Saya mahu menjadi tukang jahit yang sangat dikenali dan dihormati,” Alice menegaskan. “Pada masa yang sama, saya mahu membantu golongan wanita yang ingin belajar menjahit.”

Dengan lapan mesin jahit serba moden yang ada sekarang, Alice mengendalikan kelas menjahit. Sehingga sekarang, sudah ramai bekas pelajar beliau membuka kedai jahit sendiri. Alice gembira melihat kejayaan anak murid beliau.

“Dalam bidang menjahit pakaian, kita mesti sedia bersaing. Kita perlu sentiasa peka terhadap citarasa dan fesyen semasa,” kata Alice berdasarkan pengalaman beliau. “Kalau kita tidak sedia bersaing, susah untuk berjaya.”

Kejayaan Alice pasti menjadi dorongan kepada wanita kaum India. Jadikanlah Alice contoh yang baik untuk berusaha mempelajari sesuatu kerja tangan. Umur dan tahap pendidikan bukan penghalang. Apa yang penting adalah keinginan dan cita-cita.

“Walaupun saya tidak berpelajaran tinggi, saya tetap mengambil inisiatif untuk belajar menjahit dan mencapai cita-cita saya. Tukang jahit adalah kerja yang sangat mulia. Kita membantu melindungi tubuh manusia. Kita juga boleh mencuba pelbagai fesyen jahitan. Kalau kita membuat kerja dengan baik dan bermutu, tentu pelanggan kita terus bertambah. Pendapatan kita juga akan bertambah,” kata Alice dengan tegas di akhir wawancara.

Alice boleh dihubungi melalui nombor telefon 03-62502194 untuk mendapatkan maklumat mengenai kelas menjahit yang dikendalikannya.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...