Monday 10 December 2012

menjahit zip seluar baju melayu

 sediakan lapik zip. satu lapis dengan kertas bergam dan satu lagi
lipat 2 dan jahit bahagian tepinya.

ambil zip dan tanda untuk ruang zip di seluar

 lepas tu jahit 

 jahit bahagian bawah dan yang atas tu tempat jahit zip

 kemudian, ambil lapik zip yang berlapis kertas bergam tu
lekat di ruang zip. macam dalam gambar di atas.

 pin kan macam ni

 kemudian jahit sampai hujung

 terbalikkan dan jahit bahagian sambungan (macam dalam gambar)

 lepas tu ambil lapik yang satu lagi dan lekatkan dengan zip.

 lepas tu jahit
 hasilnya macam ni

 lepas tu jahit sebelah zip tu dilapik yang pertama tadi

 jahit macam ni sampai hujung

 zip sudah siap dijahit kiri kanan

 lepas tu untuk bahagian depan pin kan macam ni

 jahit dari atas

 dan buat jahitan 3 segi di bahagian bawahnya

ok siap...inilah seluar yang sudah siap dipasang zip. harap tutorial ini dapat membantu korang yang nak belajar pasang zip seluar. 

Friday 7 December 2012

baju customer lagi

ini baju customer lagi...untuk majlis kahwin minggu depan. demam kain corak polkadot masih lagi belum kebah lagi. mungkin sampai raya tahun depan pun corak polkadot masih lagi meletus2. baju melayu di atas tu   teluk belanga kanak2 tu yang letak dua poket je. satu lagi baju melayu dewasa, baju melayu raihan. butang macam kemeja tapi lapis sebelah dalam.baju kurung pula untuk kanak2 semua kurung asli. cuma untuk kurung dewasa (yang hijau tu) kurung moden ada dat tapi dalam gambar tak nampak sangatlah. 


Thursday 22 November 2012

baju customer


salam pagi khamis yang indah. tak ada yang penting sekadar nak upload pic baju2 yang siap saya jahit. ini baju customer yang tempah baju satu set yang sama kain. sekarang ni kan trend pakai baju sama warna satu family. bukan je masa musim raya, musim kahwin2 ni pun ramai tempah baju satu corak. ala2 baju seragam gitu. 

Saturday 17 November 2012

kemahiran menjahit (kisah 5)

KOTA KINABALU 31 Okt. - Bidang jahitan bukan lagi asing dalam kalangan kaum Adam, malah ramai yang telah berjaya menjadi pereka fesyen terkenal apabila menceburi kerjaya tersebut. 
Contoh paling mudah ialah Rizalman, Michael Ong, Bill Keith dan Bernard Chandran.
Mereka merupakan pereka fesyen terkemuka dalam industri berkenaan di negara ini.
Di luar negara pula, siapa tidak mengenali anak jati Kelantan, Zhang Toi yang mengukir kejayaan besar di New York, Amerika Syarikat (AS), sebaris dengan pereka tersohor seperti Michael Cors. 
Sehubungan itu, tidak hairanlah jika penganjuran latihan dan kursus seni kreatif jahitan, peserta lelaki turut berlumba-lumba untuk menyertainya dan bukan lagi menjadi penyertaan mutlak golongan wanita seperti sebelum ini. 
Perkara ini diakui sendiri oleh peserta Program 1Azam Kursus Kemahiran Seni Kreatif (Jahitan) iaitu Tuhing Tehing, 22, dari daerah Kota Marudu. 
Dia merupakan seorang daripada dua peserta lelaki yang mengikuti kursus berkenaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah selama tiga bulan bermula 4 Julai lalu di Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK). 
"Selepas menamatkan kursus ini, saya akan memulakan perniagaan kecil-kecilan terlebih dahulu di rumah kerana untuk membuka kedai, memerlukan modal kewangan agak besar. Setelah berjaya nanti, barulah saya buka kedai jahit sendiri," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. 
Tuhing berkata, bidang jahitan memerlukan kreativiti dan kemahiran seni yang tinggi agar hasil kerja mereka dapat menepati cita rasa dan kehendak pelanggan. 
Dia mendakwa, dalam hal itu golongan lelaki mempunyai sedikit kelebihan dalam menghasilkan rekaan fesyen termasuk koleksi pakaian untuk wanita. 
"Kebanyakan rekaan fesyen baju termasuklah kasut terkenal pada masa ini mendapat sentuhan pereka lelaki. Tidak usah pergi jauh. Dalam negara kita sendiri ramai pereka fesyen dalam kalangan lelaki. 
"Saya melihat kejayaan mereka ini satu dorongan untuk menceburi bidang seni kreatif jahitan. Saya memang meminati seni dan kursus ini memberikan saya peluang mengasah kemahiran seni jahitan dengan lebih mendalam," ujarnya. 
Anak ketujuh daripada sembilan beradik itu menambah, dia menyertai Program 1Azam berkenaan setelah diperkenalkan oleh kakaknya yang sebelum ini pernah mengikuti kursus berkenaan. 
Peserta kursus terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-Kasih dan akan didedahkan dengan kemahiran membuat pelbagai jenis pakaian sepanjang menyertai kursus itu.
Seorang lagi peserta, Shairun Nujsar Nujum, 17, berkata, bidang seni kreatif jahitan tidak harus dianggap satu kerjaya sampingan lagi, kerana memberikan sumber pendapatan lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. 
"Jika dilihat kejayaan pereka-pereka fesyen lelaki masa kini, mereka lebih menonjol berbanding wanita. Ini memberi dorongan kepada kaum lelaki untuk menceburi bidang jahitan," katanya.
             sumber BH


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...