Saturday 8 August 2015

Cara Menjahit Lapik Leher Jubah

Salam syawal yang ke 23. Selamat pagi sabtu yang indah. Kali ni saya nak kongsi cara menjahit lapik leher untuk baju kurung moden atau jubah. Ini jenis leher bulat ya. Saya juga akan tunjuk cara sambung bahagian bahu.

Ini lapik leher dan baju bahagian belakang yang sudah dipasang zip sembunyi.

Ambil lapik leher dan letak atas zip seperti di gambar tu. Jahit ikut tanda garis putus2 tu.

Dah jahit, akan jadi macam ni kalau lipat keluar lapik tu

Lepas tu lipat macam ni dan jahit dari bahu, ikut dari garisan merah yang saya tanda tu

Jahit macam ni

Jahit sampai hujung

Ini yang dah siap jahit

Kemudian terbalikkan, akan jadi macam ni

Ulang proses yang sama bahagian sebelah tu

Dah siap jahit kedua2 bahagian lapik leher tu, rupanya macam nilah...pandangan dari dalam baju

Ini pandangan dari luar

Ini pula bahagian depan baju. Letak lapik leher tu macam dalam gambar ni

Jahit mula dari garisan di bahu yang saya tanda tu

Dah siap jahit, masa untuk sambung bahagian bahu. Caranya ambil bahagian depan dan belakang baju, temukan bahagian bahu macam dalam gambar

Lipat hujung lapik leher tu macam ni. Dua2 ye lipat, hujung lapik depan dan belakang.

Temukan macam ni. Saya buat macam ni untuk memudahkan jahit sambung bahagian bahu baju

Ok, sekarang bolehlah jahit sambung bahu baju

Bahu dah sambung, sekarang sambung lapik leher tu pula

Nampak tak, leher bahagian bahu tu dah bercantum

buang basi leher tu

snip kecil2 di keliling basi tu.

Kemudian terbalikkan lapik tu dan jahit tindih atas lapik tu (tindih dgn basi leher bahagian dalam tu). Jahit dekat tepi sambungan tu. Tujuannya untuk lapik lagi kemas bila dilipat dan untuk leher lagi tahan jahitannya.

Ok siap sudah...Inilah rupa jahitan tadi. Semoga tutorial ini dapat memberi manfaat pada kawan2 yang baru saja berjinak2 dalam bidang jahitan ni. Happy sewing...


Friday 7 August 2015

Cara mudah potong baju melayu teluk belanga

 Salam syawal yang ke 22. Macam mana plan hari ni? Korang nak jahit apa? Ada yang nak jahit baju melayu tak? Atau yang nak belajar cara potong baju melayu? Kali ni saya akan tunjuk cara potong baju melayu ikut contoh baju teluk belanga. Ini cara paling mudah dan ringkas sesuai untuk kawan2 yang baru belajar menjahit. Tak ada kira itu ini, semua main tekap aje. 

Mula2 sediakan sepasang baju melayu teluk belanga dewasa dan kain 4 meter.

 Lipat kain macam dalam gambar

 Lipat lagi sekali

 Letak contoh baju yang sudah dilipat dua di atas kain tadi. Lukis ikut tepi baju. Lepas tu buat basi di keliling garisan tadi. Untuk basi atas 1 1/2cm dan bawah baju 3cm. Basi tepi baju 1 1/2cm. Tapi basi ni bergantung pada koranglah nak lebih atau kurang...suka hati korang. Cuma basi yang agak besar, kadang-kadang baju tak nampak kemas. Sebab tu baju yang dijahit dikilang basinya kecil setengah cm aje. Tu pun cukup2 utk dijahit tepi. Tapi bila diterbalikkan, ianya nampak kemas.

 Dah siap lukis pola tu, bolehlah gunting


 Ini baki kain tadi, yang sebelahnya untuk badan baju tadi. Jangan usik lipatan besar tu

 Korang terus saja lipat macam dalam gambar tu

 Kemudian letak tangan baju contoh tu atas kain. Lukislah ikut bentuk tangan tadi.

 Inilah rupa pola tangan tadi. Bolehlah gunting ikut tepi basi tu. Basi lipatan tangan 3cm, sama dengan lipatan badan baju juga.

 Bahagian tangan. Ok siap baju dan tangan. Baki kain dibahagian baju tadi korang boleh gunting untuk ambil bahagian poket, lapik zip, lapik leher dan poket sisi seluar

 Sekarang ambil bahagian seluar pula. Kain dilipat dua. Panjang ikut panjang seluar contoh

Seluar contoh- kaki kanan dan kiri

 Ambil bahagian kaki kanan dan masukkan dalam kaki kiri tu

 Nampak tak? Lepas tu kemaskan. 

 Letak atas kain dan lakar ikut bentuk seluar tu. Ini bahagian depan seluar.

 Pola seluar bahagian depan. Lipatan kaki 3cm dan basi tepi seluar 1 1/2cm. Lepas tu gunting.

 Ini sebelah kain yang bahgian sebelah tadi sudah digunting untuk bahagian depan seluar. Jangan usik lipatan tu. Terus saja letak bahagian depan seluar tadi di atas kain untuk ambil bahagian belakang seluar

Lakar ikut tepi bahagian depan seluar tu. Cuma naikkan beberapa cm untuk bahagian atas pinggang dan lebihankan di bahagian punggung. Bahagian cawat pun lebihkan dengan cara mengukur cawat seluar contoh.  Jangan lupa basi tepinya. Gunting ikut garisan basi.
 
Ini bahagia2 yang diambil tadi. Badan baju, tangan, seluar bahagian depan dan seluar bahagian belakang. Dari tutorial ni juga, kawan2 dapat tips macam mana ambil bahagian baju melayu di atas kain 4 meter tu. Tengok gambar dan baca penerangan saya tu, insyaAllah korang akan faham dan dah tahu macam mana nak potong baju melayu dan susun atur pola2 tu, agar kain tu cukup. 

Ok selamat mencuba... Happy sewing...

Thursday 6 August 2015

cara membentuk dan menjahit poket baju melayu

 Salam syawal yang ke21. Hari ni saya tunjuk cara saya jahit poket baju melayu. Mula2 sediakan sabun, pola poket dan poket yang sudah dijahit atasnya.

Letak pola atas kain tadi. Gosok sabun atas permukaan kain tu ( Tengok gambar atas dan bawah ni )


Iron ikut bentuk poket tu

Macam ni. 

dah siap tu, tarik poket dari pola tadi. Jadilah rupanya macam ni

 Letak atas baju

 Mula jahit dari atas

Ok siap sudah. Ringkas saja cara membuatnya. Harap kawan2 yang baru belajar jahit poket tu dapatlah faham apa yang saya terangkan. Selamat menjahit...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...